Jangan di'nombor dua'kan doa! - MTDM 13.06.2014
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم Majlis Ta'lim Darul Murtadza 13.06.2014 Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid* Sumber rakamanan MTDM Bahagian 1: Tafsir Al-Quran, Surah Ali-Imran Ayat 176: “Dan jangan kamu sedih disebabkan orang-orang yang segera kufur …” Allah Ta'ala mencertiakan kesedihan Nabi Muhammad ﷺ kerana sikap kaum musyrikin yang menolak ajakan Rasullullah kepada sesuatu yang menyelamatkan mereka. Enggannya mereka beriman kepada sesuatu yang boleh menyebabkan kebahagiaan kepada mereka – perkara itu yang membuatkn Nabi ﷺ sedih. Apabila mendapati golongan orang-orang yang beiman menolak ajarannya – yang susah hati ialah Nabi Muhammad ﷺ - ini sesuai dengan sifat kasih-sayang Nabi ﷺ kepada umatnya, yakni bilamana mengajak mereka beriman kepada Allah, yang beruntung, bertuah dan dapat faedah ialah yang menerima iman itu, dan yang rugi ialah yang menolak iman itu, tapi yang susa